Friday, 7 June 2013

Relevan Cinta Dan Remaja

Suasana pagi yang tenteram membuatkan saya terfikir untuk update blog kali ni.. Okey, saya teruskan dengan agenda saya ye..



 Cinta dalam kalangan remaja memang amat relevan dikala zaman remaja yang meningkat dewasa dimana segala perasaan bercampul aduk ketika zaman ini. Cinta Remaja ini boleh dikatakan 80% yang terbabit adalah dalam kumpulan pelajar sekolah. Bukan sekadar golongan pelajar sekolah menengah, malah pelajar sekolah rendah sudah kenal apa itu cinta! Apakah yang saya perkatakan ini adalah benar? Jawapan itu ada dalam diri anda. Bagi pandangan saya, jangkaan saya adalah benar. Cubalah anda semua survey sekolah-sekolah rendah dan menengah dekat area rumah anda....



 Semasa berada di zaman keremajaan, perasaan ini mencuba seakan membuak-bak dalam diri masing-masing. Namun, saya tidak nafikan remaja memang ingin disayang dan menyayangi. Itu tidak menjadi faktor kegagalan dalam akademik pelajar tersebut sekiranya pelajar tidak terlalu taksub dengan percintaan ini. Sebaliknya, mereka perlu bijak menangani keadaan agar sesi pembelajaran tidak terganggu. Saya bukan nak menyibuk tapi sebagai sahabat sekurangnya nak tengok kawan saya happy. Kalau dengan cara bercinta untuk membuatkan sahabat saya happy, saya tak boleh nak halang dan itu memang hak dia. Tapi jangan nanti pelajaran diabaikan. "Cinta tak boleh bagi kau orang makan". Jadi, ambil masa buat seketika dan renungkan apa yang saya katakan.




 Gambar diatas jelas menunjukkan bahawa, godaan dapat ditepis dengan kalimah suci. Dengan erti kata lain, "Istifar". Insya-Allah, dengan izin-Nya kita dapat mengelakkan diri daripada lalai untuk melakukan maksiat. Ustazah saya pernah berkata "Sesungguhnya, bercinta selepas kahwin paling suci daripada sebulum berkahwin". Pada sudut pandangan saya, ambil langkah mudah iaitu belajar sehingga peringkat tinggi dan bina hidup agar lebih cemerlang kemudian tiba masa fikir fasal "CINTA". Renungkan lah......

 Salam Sayang, Syahmi :D


No comments: