Sunday, 16 February 2014

Markah Merit? Apakah?


Jangan bingungkan kepala anda! Markah merit ni macam kita nak tahu kedudukan kita nanti uni buat pilihan course je.. Okey, sambung baca eh!
Bahang keputusan SPM 2013 kian terasa... Setelah ditambah ditolak, didarab dibahagi. Akhirnya aku memberi harapan markah merit SPM aku adalah 70.5... Penerangan ringkas bagi markah merit SPM (aku kasi link pun bukan korang baca, baik aku terangkan) 

Markah merit ni penting bagi mengatur susunan kita dari nombor satu sehingga ke beribu-ribu untuk permohonan ke IPTA. Seperti yang ramai sedia maklum, tempat IPTA adalah terhad. Berdasarkan markah merit ni, hanya yang teratas atau yang layak sahaja akan dimasukkan (berdasarkan course yang kita mintak dalam UPU). Jadi, dia susun-susun. Pastu dia masukkanlah kita ni. Sampai ada satu limit. Lepas limit tu, yg bawah-bawah ni dia dah tak benarkan masuk lagi la.. paham tak? Tak paham? Sokey, teruskan membaca. Membacakan jambatan ilmu... 

Dari yang aku paham. Dia ada dua pembahagian kumpulan. Kumpulan pertama adalah pelajar aliran sains yang akan bersaing sesama sendiri dengan markah mereka. Kumpulan kedua pula adalah aliran sastera. 

Bagaimana nak tahu kita aliran sains atau sastera? 

5 Subjek Utama Aliran :

(Aliran Sains) Matematik, Addmath, Fizik, Kimia, Biologi atau LK atau akaun. 

(Aliran Sastera) BM, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam/Pendidikan al-Quran Sunnah/Pendidikan Shariah Islamiah/Pengetahuan Moral.

5 subjek utama ni memberikan kita markah yang besar iaitu 90 markah (secara keseluruhan). 

3 Subjek Tambahan : 
Korang ambik yang gred tertinggi antara tiga subjek lain yang bukan 5 subjek utama seperti yang dinyatakan di atas. 3 subjek ini membawa 30 markah keseluruhan. 

Okay yang ni list dia. 

A+ (18)
A (16)
A- (14)
B+ (12)
B (10)
C+ (8 )
C (6)
D (4)
E (2)
G (0)

Ema pelajar aliran sains. Dia ambil 10 subjek. 
BM, BI, Sejarah, PI, Matematik, Addmath, Bio, Fizik, Kimia dan LK. 

Target SPM Ema: 

BM (A/16)
BI (A-/14)
Sej (A-/14)
P.Islam (C/6)
Mat (A-/14)
Addmath (C+/8)
Bio (A/16)
Fiz (C/6)
Kim (D/4)
LK (C/6)

5 subjek utama Ema adalah (Rujuk 5 Subjek utama aliran sains):
Jadi markah dia adalah. 

Mat (14)
Addmath (8)
Bio (16)
Fz (6)
Km (4)

Okay. 14+8+16+6+4... 48. 
Markah 5 subjek utama Ema? 
48/90. Yg ni paham? Go on. 

3 subjek lainnya. 
BM (16)
BI (14)
Sej (14) 

Okay. 16+14+14... 44. 
44 darab 30. 
Bahagi 54. 
Jadi markah 3 subjek lain Ema.
24/30. 

Jumlahkan semua sekali? 
48+24.. 72.. 72 darab 90.
Bahagi 120.
54

Markah akademik Ema? 54. 
Tambah markah koku Ema? 6.4

54 + 6.4 = 60.4 

60.4 adalah markah merit bagi Ahmad... Ahmad akan bersaing dengan pelajar-pelajar sains yang lain. Contoh dia mohon Asasi Perundangan, UiTM. 

Sistem komputer akan senaraikan Ema dengan pelajar-pelajar sains yang lain yang mohon asasi perundangan. Biasanya Ema akan diberi keutamaan. Sebab pelajar-pelajar sains yang top students (markah merit 70 dan ke atas) biasanya akan mohon course sains.. Diploma Kejuruteraan Kimia la, dan lain-lain lagi la.. Paham?

Tu je kot.. Sayonara!

Saturday, 8 February 2014

Kenangan? Share Je

Guys, aku nak share untuk adik-adik yang sedang dibangku sekolah tentang kenangan. Wah, ayat tak boleh bla langsung.. hope korang tak bosan la baca entry aku ni..

First at all, korang ciptalah memori atau kenangan atau peristiwa atau ape-ape jelah yang you all could remember bila tua nanti.. Guest sebab apa aku suruh buat kenangan tu masa zaman sekolah? Just because nanti korang akan rindu suasana dalam kelas, persekitaran sekolah. Sumpah, aku tak tipu! Aku pun memang rindu gila time sweet 17 dulu.. Tapi sayang, aku tak buat banyak memorize in that time..


See? Betapa happy kitaorang kan? Ni yang sebahagian je. Tapi time lepas exam SPM last paper tu tak sempat nak snap bebanyak.. Kalau boleh nak pegi sekolah lagi (bukan nak pegi study pun).. Takdelah, gurau je..Actually, study kat sekolah lagi best sebab dalam satu kelas tu tak la ramai sangat kan? So, mudah je masuk ilmu yang cikgu ajar tu.. Ye ke? Yes! Aku pernah attend kelas tuisyen untuk persediaan form 5.. In class, ada 15 orang je pelajar.. Gila! Fokus habis ah, sebab cikgu just bagi attention kat kitorang je.. In fact, belajar dalam keadaan yang tidak ramai pelajar senang nak collect knowledge.. Kan?

Sometimes, aku rasa pelik jugak? Asal ramai yang tak nak pegi sekolah ah? Tak siap homework? Ke sebab cikgu garang? Zaman sekarang ada lagi ke yang takut cikgu? I think zaman takut kat cikgu ni dah berakhir.. Era P.Ramlee dulu memang tak dinafikan lah kan? Ramai je termasuk aku.. Even, ada yang tak pegi sekolah sampai 60 hari berturut-turut? Woi! Asal kau tak pegi sekolah hah? Bodoh! Yes! Perkataan yang sesuai.. kita pegi sekolah untuk apa? Study kan? Kalau tak dapat 100% apa yang cikgu ajar, at least dapat 5% pun alhamdulillah dah.. Betul tak?

Banyak ke aku membebel? Okey, sambung baca ye.. Rugi kalau tak baca sampai habis, nanti last entry aku nak bagi tips sikit macam mana nak dapat markah 'kesian' daripada cikgu.. Aku nak cerita apa lagi eh? Jap aku fikir.. Oh ya.. Time rehat is the best part.. Sebab apa? Time rehat kitorang makan in group tau.. Setiap orang bawak bekal.. Boleh la rasa masakan air tangan ibu masing-masing.. Eh? Lelaki pun boleh je bawak bekal.. Tak payah nak malu.. Ke ada tulis dalam buku panduan disiplin yang menyatakan pleajar lelaki tak boleh bawak bekal? Em, bawak je.. Tak payah nak kesah apa orang nak kata.. Janji duit jimat, perut kenyang..

Last k, last.. Malas dah menaip sebenarnya.. Sokey, keep writing jugak.. Tips nak dapat markah 'kesian' daripada cikgu? Its easy step. Korang kena baik dengan cikgu.. Always tolong cikgu.. Korang jangan la pulak nak sogok cikgu dengan rasuah.. Tak suka tak suka.. Tak adil la guna cara kotor.. Korang kena always visit bilik guru, supaya muka korang dah jadi familiar kat dalam bilik tu.. And time cikgu bincang paper exam dengan korang, korang kena banyak complaint.. Oh, one more! Siapkan nota..

Dernier? Dah tamat la penulisan entry ni.. So? Enjoy your schoolday!