Sunday, 16 February 2014

Markah Merit? Apakah?


Jangan bingungkan kepala anda! Markah merit ni macam kita nak tahu kedudukan kita nanti uni buat pilihan course je.. Okey, sambung baca eh!
Bahang keputusan SPM 2013 kian terasa... Setelah ditambah ditolak, didarab dibahagi. Akhirnya aku memberi harapan markah merit SPM aku adalah 70.5... Penerangan ringkas bagi markah merit SPM (aku kasi link pun bukan korang baca, baik aku terangkan) 

Markah merit ni penting bagi mengatur susunan kita dari nombor satu sehingga ke beribu-ribu untuk permohonan ke IPTA. Seperti yang ramai sedia maklum, tempat IPTA adalah terhad. Berdasarkan markah merit ni, hanya yang teratas atau yang layak sahaja akan dimasukkan (berdasarkan course yang kita mintak dalam UPU). Jadi, dia susun-susun. Pastu dia masukkanlah kita ni. Sampai ada satu limit. Lepas limit tu, yg bawah-bawah ni dia dah tak benarkan masuk lagi la.. paham tak? Tak paham? Sokey, teruskan membaca. Membacakan jambatan ilmu... 

Dari yang aku paham. Dia ada dua pembahagian kumpulan. Kumpulan pertama adalah pelajar aliran sains yang akan bersaing sesama sendiri dengan markah mereka. Kumpulan kedua pula adalah aliran sastera. 

Bagaimana nak tahu kita aliran sains atau sastera? 

5 Subjek Utama Aliran :

(Aliran Sains) Matematik, Addmath, Fizik, Kimia, Biologi atau LK atau akaun. 

(Aliran Sastera) BM, Matematik, Sains, Sejarah, Pendidikan Islam/Pendidikan al-Quran Sunnah/Pendidikan Shariah Islamiah/Pengetahuan Moral.

5 subjek utama ni memberikan kita markah yang besar iaitu 90 markah (secara keseluruhan). 

3 Subjek Tambahan : 
Korang ambik yang gred tertinggi antara tiga subjek lain yang bukan 5 subjek utama seperti yang dinyatakan di atas. 3 subjek ini membawa 30 markah keseluruhan. 

Okay yang ni list dia. 

A+ (18)
A (16)
A- (14)
B+ (12)
B (10)
C+ (8 )
C (6)
D (4)
E (2)
G (0)

Ema pelajar aliran sains. Dia ambil 10 subjek. 
BM, BI, Sejarah, PI, Matematik, Addmath, Bio, Fizik, Kimia dan LK. 

Target SPM Ema: 

BM (A/16)
BI (A-/14)
Sej (A-/14)
P.Islam (C/6)
Mat (A-/14)
Addmath (C+/8)
Bio (A/16)
Fiz (C/6)
Kim (D/4)
LK (C/6)

5 subjek utama Ema adalah (Rujuk 5 Subjek utama aliran sains):
Jadi markah dia adalah. 

Mat (14)
Addmath (8)
Bio (16)
Fz (6)
Km (4)

Okay. 14+8+16+6+4... 48. 
Markah 5 subjek utama Ema? 
48/90. Yg ni paham? Go on. 

3 subjek lainnya. 
BM (16)
BI (14)
Sej (14) 

Okay. 16+14+14... 44. 
44 darab 30. 
Bahagi 54. 
Jadi markah 3 subjek lain Ema.
24/30. 

Jumlahkan semua sekali? 
48+24.. 72.. 72 darab 90.
Bahagi 120.
54

Markah akademik Ema? 54. 
Tambah markah koku Ema? 6.4

54 + 6.4 = 60.4 

60.4 adalah markah merit bagi Ahmad... Ahmad akan bersaing dengan pelajar-pelajar sains yang lain. Contoh dia mohon Asasi Perundangan, UiTM. 

Sistem komputer akan senaraikan Ema dengan pelajar-pelajar sains yang lain yang mohon asasi perundangan. Biasanya Ema akan diberi keutamaan. Sebab pelajar-pelajar sains yang top students (markah merit 70 dan ke atas) biasanya akan mohon course sains.. Diploma Kejuruteraan Kimia la, dan lain-lain lagi la.. Paham?

Tu je kot.. Sayonara!

2 comments:

Noraslin Zahanor said...

risaunya dengan result SPM yang akan keluar tk lama lagi... :'(

Syahmi Harith said...

Sama la kita :')